No. 23, Jln Dataran 3/2,
Taman Kempas,
81200, Johor Bahru,
Johor
Category: KITCHEN DESIGN

Tuesday, December 8, 2009

Syarikat kami menawarkan perkhidmatan melukis pelan bangunan
pelan rumah, pelan hiasan dalaman dalam bentuk 2D atau 3D
begitu juga dengan pelan lanskap bagi orang perseorangan
ataupun syarikat-syarikat juga jabatan-jabatan kerajaan.
Juga turut menawarkan khidmat juru-runding hiasan dalaman
dan seni taman, terlibat juga dalam membekalkan
perabot-perabot hiasan dalaman dan seni taman,
pemasangan karpet/langsir "build-in kitchen cabinet"
kelas grafik bagi kanak-kanak yang berminat
dan bayaran ansuran bulanan pelan rumah bagi
kakitangan kerajaan serendah RM120.00 sebulan
mengikut terma dan syarat yang ditentukan oleh syarikat kami.


-SAIFUL FAIZ-


CONTOH PRODUK KAMI

Kabinet dapur moden yang kami siapkan kali ini berlokasi di Kota Kemuning, Shah Alam. Dengan sedikit pengubahsuaian ruang yang kami lakukan dapur dapat dibahagikan kepada dua bahagian. Dapur kering menampilkan kemasan ply laminasi meka dengan skim warna merah putih manakala di bahagian dapur basah pula menampilkan ply laminasi berona kayu moden. Solid surface menjadi pilihan untuk dapur kering. Konkrit berkemasan jubin pula dipilih sebagai top dapur basah. Kaunter bar dibina sebagai pemisah ruang di samping untuk kegunaan yang praktikal. Kami juga membina kabinet display di ruang keluarga di tingkat atas. Jom tengok…

Ringkas dan kemas dengan paparan warna yang mengujakan.

Ringkas dan kemas dengan paparan warna yang mengujakan.

Dari jarak yang lebih dekat. Rumah ini masih belum diduduki. Perhatikan ruang peti sejuk yang masih kosong.

Dari jarak yang lebih dekat. Rumah ini masih belum diduduki. Perhatikan ruang peti sejuk yang masih kosong.

Dapur kering dilihat dari rang dapur basah. Cermin hiasan di sebelah kiri gambar direka khas bagi menambah seri dapur.

Dapur kering dilihat dari rang dapur basah. Cermin hiasan di sebelah kiri gambar direka khas bagi menambah seri dapur.

Pemandangan yang lebih luas dari dapur ke bahagian hadapan.

Pemandangan yang lebih luas dari dapur ke bahagian hadapan.

meor10

Dari sudut ini kita dapat melihat kedudukan dapur kering dan dapur basah.

Dapur basah. Tiada tingkap tetapi tuan blog kaca digunakan untuk menyumbang cahaya semulajadi di kawasan memasak dan membasuh.

Dapur basah dari jarak dekat. Tiada tingkap tetapi blog kaca digunakan untuk menyumbang cahaya semulajadi di kawasan memasak dan membasuh.

Kabinet display pelbagai guna di ruang keluarga menampilkan rekaan moden.

Kabinet display pelbagai guna di ruang keluarga menampilkan rekaan moden. Perhatikan lantai yang masih kotor berdebu. Selepas dibersihkan nanti tentu lebih menarik.

Kabinet display dilihat dari sisi. Apa saja rekaan kabinet yang anda inginkan kami boleh merealisasikannya.

Kabinet display dilihat dari sisi. Apa saja rekaan kabinet yang anda inginkan kami boleh merealisasikannya.

Kabinet di Taman Desa Emas, Rawang

November 21, 2009 by admin
Fail di bawah Kabinet Dapur Oleh Zolmar

Portfolio kali ini kita ke Taman Desa Emas, bersebelahan dengan Bandar Country Homes, Rawang. Menampilkan kabinet dapur yang comel, ringkas tetapi tidak kurang menarik. Selain itu ditampilkan juga wardrobe di bilik anak-anak yang berlainan warna sambil rekaan yang agak berbeza dari kebiasaan di mana ia diletakkan di dinding bahagian tingkap serta dilengkapi dengan meja untuk belajar.

Jom tengok…

Menampilkan rekaan kabinet dapur comel, ringkas dan kemas.

Menampilkan rekaan kabinet dapur comel, ringkas dan kemas.

Pandangan dari sudut yang berbeza.

Pandangan dari sudut yang berbeza. Ruang kosong yang diletakkan periuk nasi dikhaskan untuk built in oven.

Top solid surface dan kemasan corak kayu horizontal membawa aura moden kepada kabinet dapur ini.

Top solid surface dan kemasan corak kayu horizontal membawa aura moden kepada kabinet dapur ini.

Warna hijau yang menyegarkan. Wardrobe dengan kombinasi meja belajar yang diletakkan di bahagian tingkap amat praktikal sekali.

Warna hijau yang menyegarkan. Wardrobe dengan kombinasi meja belajar yang diletakkan di bahagian tingkap amat praktikal sekali.

Merah menyala. Wardrobe utama di sebelah kiri menampilkan pintu sliding penuh dengan kemasan cermin berbingkai aluminium. Meja belajar tidak ketinggalan bagi memastikan anak-anak dapat mentelaah dengan selesa.

Merah menyala. Wardrobe utama di sebelah kiri menampilkan pintu sliding penuh dengan kemasan cermin berbingkai aluminium. Meja belajar tidak ketinggalan bagi memastikan anak-anak dapat mentelaah dengan selesa.

Jengok ruang tamu sikit. Plaster siling merupakan hasil kerja team kami.

Jengok ruang tamu sikit. Plaster siling dan kerja-kerja elektrikal merupakan hasil kerja team kami juga.

Faktor penentu kos sebuah kabinet dapur

August 13, 2009 by admin
Fail di bawah Tentang Kabinet

Kos membina kabinet dapur dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti berikut:-

  • Saiz binaan
  • Bahan dan kemasan
  • Rekabentuk
  • Aksesori
  • Kos kontraktor

Saiz Binaan

Lebih besar saiz binaan dapur anda tentulah lebih besar juga kos membinanya. Misalnya dapur berbentuk L bersaiz 10 kaki x 10 kaki tentulah secara lateralnya akan lebih mahal dari dapur L bersaiz 7 kaki x 7 kaki. Ini kerana penggunaan bahan, buruh dan jangkamasa berkadar terus dengan peningkatan saiz binaan. Begitu juga dengan kos-kos lain. Misalnya kos pengangkutan, penggunaan mesin jentera dan sebagainya.

Dapur yang kecil dan ringkas tentulah berharga lebih rendah dari dapur yang besar dan beraksesori penuh.

Dapur yang kecil dan ringkas tentulah berharga lebih rendah dari dapur yang besar dan beraksesori penuh.

Bahan & Kemasan

Bahan binaan dan kemasan kabinet dapur yang dipilih juga memainkan peranan dalam menentukan kos. Badan kabinet yang dibina menggunakan kepingan chipboard tidak sama dengan badan kabinet yang dibina dengan ply bertetulang. Worktop konkrit, solid surface, chipboard, kayu atau granite pun berlainan harga. Pintu-pintu kabinet juga boleh menggunakan pelbagai bahan serta kemasan. Chipboard atau melamine board dengan ABS merupakan antara pilihan yang paling murah. Bagaimanapun harga akan meningkat apabila menggunakan bahan dan kemasan yang lebih kukuh dan berkualiti seperti ply laminasi, kayu solid, kaca, aluminium, stainless steel dan sebagainya.

Rekabentuk

Rekabentuk kabinet dapur berbeza-beza mengikut keperluan dan citarasa seseorang. Ada yang memilih untuk memiliki dapur yang berekabentuk ringkas seperti kotak-kotak modular. Ada yang inginkan kabinet dapur mereka direka dengan ciri-ciri tertentu, misalnya dinding yang lebih lebar, bentuk yang unik, unit atas sampai ke siling, kabinet gantung dan sebagainya. Jika rumit rekabentuk yang dicipta maka tentu lebih mahal kos membinanya.

Aksesori

Selain dari binaan kabinet dapur asas, anda juga perlu memikirkan tentang aksesori-aksesori yang diperlukan bagi melengkapkan dapur supaya ia menjadi lebih praktikal dan benar-benar berfungsi sebagaimana yang diharapkan. Anda mungkin mahu kabinet dapur anda dilengkapi rak pengering pinggan, rak botol, bakul tarik untuk memudahkan pengurusan stok dan barangan. Selain itu anda mungkin juga inginkan kabinet anda dilengkapi lampu-lampu bina dalam, menggunakan ensel-ensel soft-close, berhandle cantik dan sebagainya. Semakin banyak aksesori yang anda aplikasikan ke dalam dapur anda, maka semakin besarlah belanja yang perlu dikeluarkan.

Kos kontraktor

Selain dari kos komponen kabinet dapur itu sendiri, anda juga perlu melihat kos-kos yang ditanggung pihak kontraktor. Misalnya kos overhead, kos buruh, kos pengangkutan, servis lepas jualan dan sebagainya. Kontraktor yang mempunyai overhead perniagaan yang besar dan berjenama mungkin akan memberi sebutharga yang sesuai dengan kedudukannya. Tukang atau buruh yang berkemahiran tinggi perlu dibayar lebih mahal dari mereka yang kurang berkemahiran. Jarak yang jauh juga akan menyebabkan kos pengangkutan meningkat. Bagi kontraktor yang memberi jaminan atau servis lepas jualan sejumlah peruntukan perlu disediakan untuk tujuan berkenaan.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, kos membina kabinet dapur anda bukan saja tidak akan sama dari rumah ke rumah tetapi dari kontraktor ke kontraktor kerana faktor-faktor yang disebutkan di atas. Ada sebab kenapa sesuatu itu mahal atau murah. Pada dasarnya tidak ada siapa yang akan menjual murah barang mahal dan tidak ada siapa akan membeli mahal barang murah. Secara universalnya kualiti dan harga sentiasa seiringan. Kata orang putih, “when you pay peanuts, you get monkeys”.

No comments:

Post a Comment